Tuesday 26 July 2011

Harimau Melaya ada formula terbaik untuk terkam singapura

Untuk ‘bakar’ semangat anak didik
PENGENDALI Datuk K Rajagobal menegaskan dia memiliki formula terbaik ‘membakar’ semula semangat barisan Harimau Malaya yang luntur untuk bangkit mengatasi defisit dua gol dalam perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Dan pengendali 55 tahun itu mengakui, formula yang digunakan adalah dengan menayangkan semula video ‘detik emas’ ketika mereka bangkit daripada kekalahan sebelum mengukir sejarah menjulang Piala Suzuki AFF tahun lalu dan Sukan SEA 2009.
“Kekalahan 5-3 dalam perlawanan pertama Sabtu lalu bukan penamat perjuangan pasukan kerana mereka masih ada baki 90 minit lagi untuk membuat perhitungan terakhir dengan lawan. Lagipun, ini bukan pengalaman pertama pemain tewas dan menghadapi detik sukar seperti ini. -Berita Harian

No comments:

Post a Comment